Thursday, May 27, 2010

Mimie Huda Pernikahan


Majlis Pernikahan
Mimie Huda
Pada 28.02.2010
Pada 21/02/2010 Nina terima panggilan dari Mimie meminta bantuan dari Nina untuk persiapan majlis pernikahan yang akan berlangsung pada 28.02.2010 (Tarikh dipilih sempena tarikh perkenalan mereka pada 28.02.2007) dan agak terlambat Untuk Nina terima tempahan untuk majlis yang akan berlangsung cuma kurang 1 minggu! tetapi Mimie mendapat kelulusan dari pihak tertentu juga agak lewat dan majlis cuma untuk keluarga rapat sahaja (Seperti majlis pertunangan) permintaan agak mudah : Simple, elegant dan warna lembut. jadi Nina lakukan juga memandangkan permintaan Mimie agak mudah. sedikit hiasan bunga segar bagi penyeri majlis, 4 dulanbg hantaran, makeup, baju dan rambut. so, dibawah Nina attached kan gambar bagi tatapan semua.

Antara barang2 hantaran yang Nina gubah menggunakan bunga berwarna lembut.
mas kahwin Mimie pilih sempena tarik perkahwinan (RM2,802.10)
dan wang hantaran adalah pemberian ikhlas Steve kepada Mimie


Baju by Shamnina Omar

Final touch up : Veil.



gambar-gambar Mimie Huda & Steve dari photography Thomas Tam (Maxtography.com)


Antara pose menarik yang diberikan oleh Mimie Huda kepada photographer kegemarannya Thomas Tam dari Maxtography.

pose menarik dari Mimie Huda dan Steve utk tatapan


ada jugak gambar Nina dgn pasangan..ingatkan x de...


saat cincin disarungkan. Congrats Mimie Huda & Steve


Sampai disini sahaja... insyaalah Nina akan update minggu hadapan untuk majlis reception Mimie & Steve di restoran Nelayan Titiwangsa.. kemungkinan cerita ini pun dah agak basi kerana cerita pasangan ini telah dimuatkan di majalah JELITA isu JUN 2010 dan Majalah Bridal Guide isu June 2010. Nina ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan dan selamat berjaya untuk persiapan reception di United State (Connecticut) pada 30/07/2010.

Thursday, April 8, 2010

STEVE & MIMIE HUDA

MAJLIS PERTUNANGAN MIMIE HUDA & STEVE
PADA 02.08.2009

Make up & Dress : Shamnina Omar
Hair Style : Chika Laurelle
Decoration : Shamnina Omar
Photographer : Thomas Tam (Maxtography.com)

Sebenarnya post ini agak lama & dah basi tetapi disebabkan salinan gambar baru sahaja nina terima, so nina pun post lah untuk tatapan semua. untuk makluman, Mimie & Steve sudah pun selamat diijabkabulkan pada 28.02.2010 lalu dan majlis resepsinya pada 13.03.2010 (Malaysia) dan 30.07.2010 (USA) dan D'Kasih Design serta nina sendiri telah dipilih oleh pasangan ini untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka sebagai 'Wedding Planner' (naik 1 lagi tangga) nina akan update gambar untuk kesemua majlis pada post akan datang...

Chika buat rambut, Nina rehat sekejap. penat dari pagi buat persiapan

sentuhan terakhir, meletakkan hair piece & veil.

untuk bertunang Nina buat makeup secara sederhana atas permintaan mimie sendiri

Sentuhan Shamnina Omar penuh dengan 'Fresh Flower'. Theme pada hari itu simple & elegant dan pasangan minta color bunga yang lembut.

saat cincin disarungkan


diapit oleh 2 orang penting


Mimie Huda Ahmad


Persiapan terakhir

'Behind The Scene' oleh photographer kegemaran pasangan Thomas Tam



Dari pihak lelaki kepada perempuan



dari pihak perempuan kepada lelaki

Tuesday, January 19, 2010

Shamnina Omar's Touch

Finalist Shu uemura Black Book 2009
Minnguan Wanita - Edisi Perkahwinan

Pesona Pengantin - Edisi pengantin bertudung April 2009

Pertunangan pelakon drama Cinta Sempurna - Mimie Huda

My muse Ifa Raziah - Anugerah Juara Lagu ke-24

Monday, January 18, 2010

Pengenalan D Kasih Design

Setelah bergelumang dalam dunia solekan artis di Malaysia, sejak 1996 akhirnya make up artis tanah air Shamnina Omar akhirnya mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dalam bidang rekaan fesyen pakaian dan pengantin. Dengan tertubuhnya butik pakaian dan perkahwinan D Kasih Design by Shamnina Omar ini, beliau dapat berkongsi idea dan pengalaman dalam bidang kreatif yang amat diminatinya ini.

Berpengalaman merias artis-artis tersohor tanahair seperti Dato Siti Nurhaliza, Camelia, Ning Baizura, Ifa Radziah, Ramlah Ram, Liza Hanim, Deana Yusof,Tengku Azura, Suraya Dean (sekadar menyebut beberapa nama) malah ramai lagi untuk dinyatakan satu persatu di sini. Selain daripada itu pengalaman lebih tiga belas tahun dalam bidang ini telah memberikan beliau bekerja dengan ramai pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Zang Toi, Bill Keith, Syarifah Kirana, Radzuan Radzwill, Ezral, Man Kajang dan ramai lagi telah memberikan pendedahan awal dalam bidang fesyen dan rekaan pakaian dan peluang ini menjadikan asas dalam menterjemah perjalanan karya fesyen beliau di D Kasih design.

Oleh itu, D Kasih Design ingin menjemput anda semua untuk mencuba dan menghayati rekaan fesyen dan kreativiti butik ini dan pastinya suatu pengalaman indah yangakan menjadi ingatan abadi anda menanti bersama sentuhan penuh kreatif kami.